Ismail Sabri tidak diberi kata dua, Biro Politik cuma sedih dengan hukuman Najib – Ahmad Maslan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno tidak pernah memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakni bubar Parlimen atau dipecat daripada parti.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan, mesyuarat Biro Politik Umno pada malam Rabu, 24 Ogos baru-baru ini tidak membangkitkan soal kata dua kepada Perdana Menteri seperti dilaporkan media.

“Saya ingin maklumkan bahawa tidak berbangkit sama sekali dalam mesyuarat Biro Politik memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri.

“Mesyuarat malam Rabu 24 Ogos itu saya juga hadiri. Telah berjalan dengan baik walau suasana duka menyelubungi sebab keputusan kes Datuk Seri Najib Razak,” jelas Ahmad dalam ciapan di Twitternya pada Jumaat.

Hari ini kecoh apabila ada laporan yang mendakwa Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno diberi kata dua supaya segera mengadakan pilihan raya umum atau dipecat daripada parti.

Malah katanya dalam mesyuarat Biro Politik itu ada pimpinan Umno yang meninggikan suara terhadap Perdana Menteri kerana kurang senang dengan keputusan mahkamah Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC International.

Segelintir pimpinan Umno menyatakan tidak puas hati terhadap Ismail Sabri kerana tidak campur tangan dalam kes Najib.

Susulan ‘ketegangan’ itu mereka mendesak Perdana Menteri supaya mempercepatkan pembubaran Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum atau berdepan tindakan parti termasuk dipecat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat