Michael Nader meninggal dunia akibat kanser

- Advertisement -

Los Angeles: Pelakon veteran, Michael Nader, 76, meninggal dunia selepas 10 hari disahkan menghidap kanser baru-baru ini.

Isterinya, Jodi Lister menerusi Facebook berkongsi suaminya disahkan menghidap penyakit kronik itu pada 13 Ogos, kemudian menghembuskan nafas terakhir pada 23 Ogos lalu.

“Kematiannya serta diagnosis itu terlalu mengejut dan tak dijangka. Saya tidak pernah mengalami derita menyakitkan sebegitu melihat cinta hati meninggal depan mata.

“Dia disayangi ramai dan menghargai semua peminatnya. Dia membalas setiap surat serta emel daripada mereka,” katanya.

Lister turut mendedahkan, mendiang sebenarnya sedang menulis buku kenangan selepas dia disahkan ada kanser. Katanya, buku itu berkisar dirinya bergelut dengan ketagihan dadah.

“Dia memiliki banyak bakat dan kemahiran. Sukarnya membayangkan hidup tanpa kehadirannya yang begitu mengagumkan, senda serta tawanya,” katanya.

Nader popular menerusi watak Dex Dexter dalam siri terkenal 1980-an berjudul Dynasty.

Antara filem dibintanginya termasuk Muscle Beach Party, Bikini Beach, Pajama Party, Beach Blanket Bingo, Ski Party and How To Stuff A Wild Bikini.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat