“Ustaz Husam Rayu Dengan Air Mata, UMNO-PAS Jangan Berpecah

- Advertisement -

Cyberjaya – Cubaan sesetengah pihak yang cuba mencetuskan ‘perang dingin’ antara dua parti Melayu-Islam terbesar iaitu PAS dan UMNO diharapkan tidak menyebabkan berlakunya perpecahan.

Penceramah agama, Ahmad Husam Baderuddin dalam satu hantaran Facebooknya merayu agar pengikut PAS dan UMNO mengenang kembali air mata yang tumpah pada 14 September tahun lalu sempena Piagam Muafakat Nasional yang menyatukan semula dua parti gergasi Melayu Islam itu.

“Kepada ahli-ahli PAS dan UMNO, walau apa pun yang terjadi dalam perkembangan politik tanah air, saya merayu dengan sepenuh hati agar hubungan kita (PAS dan UMNO) dipelihara dengan sebaik mungkin.

“Sudah lama kita bergaduh sesama sendiri, sudah lama kita berbalah, air mata kita yang mengalir pada 14 September tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menandakan keinsafan dan penyatuan kita, jangan dijadikan sejarah yang menyedihkan,” titip beliau dalam hantaran berkenaan pada Ahad lalu.

Beliau yang dikenali sebagai Ustaz Ahmad Husam memaklumkan, perdebatan antara ahli-ahli PAS dan UMNO di media sosial mutakhir ini sangat membimbangkannya.

“Hubungan yang kita bina selama ini dengan kasih dan sayang dikhuatiri akan retak semula. Demi ALLAH, saya sangat cintakan hubungan ini. Saya tidak redha melihat hubungan kita calar kembali.

“Saya hormat pandangan anda semua wahai saudaraku (PAS dan UMNO) yang dikasihi, anda berhak menyuarakan pandangan dan meluahkan tetapi, berpadalah jangan sampai mencalarkan hati antara kita.

“Kita bina hubungan ini dengan air mata, cinta dan kasih.Tolonglah jangan biar ia musnah kembali. ALLAH menjadi saksi, saya menaip mesej ini bersama titisan air mata, peliharalah hubungan kita. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat