Polis Tunda Ambil Keterangan Menteri

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Polis memaklumkan pihaknya menunda untuk mengambil keterangan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung siasatan pelanggaran perintah kuarantin.

Perkara itu dimaklumkan wakil unit komunikasi korporat Bukit Aman kepada media yang menunggu sejak jam 1 tengah hari.

“D5 (Unit Siasatan Jenayah Terkelas) memaklumkan sebentar tadi, pihaknya menunda untuk mengambil keterangan (menteri) kepada esok,” kata seorang pegawai polis Bukit Aman kepada media tanpa memberi alasan lanjut sebab ditunda.

Semalam, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan Khairuddin akan dipanggil untuk disiasat hari ini.

Sabtu lalu Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan berkata, Khairuddin dikompaun RM1,000 selepas didapati melakukan kesalahan bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Ahad lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya berkata, walaupun Khairuddin dikompaun RM1,000 atas kesalahan berkenaan, kes itu masih disiasat polis.

Khairuddin sepatutnya menjalani kuarantin wajib 14 hari sekembali dari Turki pada 7 Julai lalu, tetapi beliau menghadiri beberapa acara, termasuk sidang Parlimen pada 13 Julai lalu.

Beliau kemudian memohon maaf dan berjanji akan memulangkan semua gajinya sebagai menteri bagi Mei hingga bulan ini sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19) bawah Kementerian Kesihatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat