Covid-19 terkawal, PKP tak berulang – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Pemulihan Negara (MPN) memberi keyakinan siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan berulang meskipun berlaku peningkatan kes Covid-19 mutakhir ini.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semuanya dalam keadaan terkawal.

“Pengalaman lebih dua tahun KKM menguruskan Covid-19 memberikan pengajaran dan sudah ambil langkah perlu.

“Kita pun harap tidak berulang lagi cerita-cerita dulu yang menyebabkan kita terpaksa kawal balik sempadan dan laksanakan PKP. Orang tak nak dengar lagi sekarang (PKP),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MPN kali ketujuh di Sasana Kijang pada Selasa.

Meskipun wujud varian baru yang lebih cepat merebak namun katanya, KKM sudahpun bersedia menghadapi apa sahaja bentuk kemungkinan sekiranya wabak itu terus mengganas.

“Tapi kita doakan tidak akan berlakulah,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Muhyiddin jangkitan Monkeypox yang baru diisytiharkan sebagai Public Health Emergency Of
International Concern oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hal demikian KKM telah mempertingkatkan survelan dan advokasi mengenai monkeypox termasuk mempertingkatkan survelan di pintu masuk antarabangsa negara.

“Mesyuarat bersetuju dengan saranan KKM bagi langkah-langkah surveilan dan advokasi dipertingkatkan iaitu bagi pengembara yang tiba dari negara-negara melaporkan monkeypox, mereka dinasihatkan memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan monkeypox untuk tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

“Manakala pengembara bukan warganegara yang tiba dari negara terbabit akan menerima pop-up mesej kesihatan setiap 4
hari untuk mengingatkan mereka agar memantau gejala jangkitan monkeypox dan status kesihatan.

“Dan juga nasihat kesihatan kepada pengembara Malaysia ke negara-negara yang terdapat kejadian monkeypox terutamanya di Afrika Tengah dan Afrika Barat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat