Kementerian Wilayah Sediakan 4 Hotel Kuarantin Risiko Rendah Percuma Buat Penduduk PPR, Perumahan Awam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan menyediakan Pusat Kuarantin Risiko Rendah Swasta (PKRCS) khas percuma bagi menempatkan warga Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang didapati positif COVID-19 tidak bergejala (kategori 1) dan bergejala ringan (kategori 2) mulai hari ini.

PKRCS yang terlibat adalah Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay, International Youth Center, Bandar Tun Razak, Cheras, Tamu Hotel Kampong Bharu dan Hotel Travelodge City Centre, Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, PKRCS itu dibuka setelah mendapati ramai keluarga dalam kalangan B40 di PPR dan PA DBKL mengalami kesukaran untuk menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing.

“Mereka (keluarga B40) mendiami rumah yang sempit dan sesak yang mana ianya tidak sesuai untuk menjalani kuarantin kendiri bahkan mereka juga tidak mampu untuk ke PKRCS berbayar,” kata Annuar.

Beliau berkata bantuan itu diberikan selepas kementerian mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi berkaitan dan memutuskan memindahkan serta menempatkan mereka yang positif di beberapa hotel dikhususkan sebagai PKRCS khas.

“Operasi untuk memindahkan kira-kira 1,000 pesakit bermula hari ini dan mendapat kerjasama Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan beberapa agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan.

“Pihak kementerian juga berusaha menyediakan lebih banyak kemudahan pusat rawatan COVID-19 di Wilayah Persekutuan bagi membantu golongan menghadapi masalah kuarantin kendiri,” katanya.

Jelas Annuar, mesyuarat CCMC-WP telah, memutuskan untuk memindahkan dan menempatkan sebilangan mereka yang positif dalam kategori berkenaan ke beberapa hotel yang dikhususkan bagi mengelakkan jangkitan dalam kalangan keluarga.

“Kementerian sedang berusaha untuk menyediakan lebih banyak kemudahan pusat rawatan COVID-19 di Wilayah Persekutuan bagi membantu golongan yang menghadapi masalah kuarantin kendiri,” tambahnya.

Beliau berharap agar tindakan ini dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mengelakkan peningkatan kes positif yang berpunca daripada kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat