Skandal Terowong: Guan Eng Disoal Siasat Hampir 8 Jam

- Advertisement -

Putrajaya – Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilihat meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia petang tadi, selepas 8 jam memberi keterangan sejak pagi tadi.

Hari ini merupakan hari ke-3 setiausaha agung DAP itu dipanggil dalam siasatan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Beliau dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada 7 petang tadi. Beliau ditemani peguam RSN Rayer.

Semalam, Lim berada di SPRM selama 7 jam dan 6 jam pada Rabu bagi tujuan sama.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebelum ini memaklumkan siasatan ke atas projek RM6.3 bilion itu sekitar dakwaan pengubahan wang dan dijangka selesai dalam tempoh 2-3 minggu.

Lim antara beberapa pemimpin kerajaan negeri dan bekas pemimpin yang dipanggil SPRM bagi membantu siasatan.

Baru-baru ini seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditahan, dan kemudian dilepaskan dengan ikat jamin, dan 3 syarikat diserbu dalam siasatan itu.

Projek terowong dasar laut dan 3 jalan dicadangkan kerajaan Pulau Pinang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Terowong sepanjang 7.2km itu dirancang menghubungkan Jalan Pangkor di pulau dan Bagan Ajam di tanah besar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat