Perjumpaan UMNO, PAS Johor Tak Bincang Pembahagian Kerusi

- Advertisement -

Iskandar Puteri – Tiada agihan kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor dibincangkan dalam mesyuarat pertama Jawantankuasa Pemantau Muafakat Nasional negeri antara UMNO dan Pas, hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, tiada arahan diberikan di peringkat pusat untuk kepimpinan negeri berbincang mengenai pembahagian kerusi DUN Johor dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU15).

“Kita di peringkat negeri, harus selari dengan keputusan di peringkat nasional, jadi pada waktu ini kita tiada arahan untuk membincangkan agihan kerusi.

“Hari ini hanya mesyuarat jawatankuasa pemantau dilaksanakan bagi memastikan kerjasama UMNO dan Pas diperkukuhkan,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau Muafakat Nasional di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Menteri Besar Johor itu berkata, jawatankuasa pemantau yang akan mengadakan mesyuarat setiap bulan ini yang dianggotai 12 pemimpin kedua-dua parti yang dipengerusikan secara bergilir oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pesuruhjaya Pas negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat