Siasat ADUN Dakwa Terima Tawaran Jutaan Tinggit Untuk Lompat

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Dakwaan wakil rakyat dalam kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mereka ditawar ‘wang berjuta’ untuk belot, adalah pembohongan semata-mata, kata Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joniston Bangkuai.

Beliau berkata, pihak berkuasa seharusnya memanggil mereka yang membuat dakwaan itu bagi memastikan kebenaran cerita mereka.

“Kenyataan bahawa mereka memilih untuk memberitahu media dan bukannya melaporkan apa yang didakwa ‘tawaran berjuta-juta’ kepada pihak berkuasa, kelihatan seolah-olah mereka mempunyai motif tersembunyi.

“Pemimpin-pemimpin Warisan perlu menghentikan semua drama dan sikap ‘saya lebih suci’ (holier than thou) dalam menolak tawaran yang dikatakan berjuta-juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berlu diingatkan bahawa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang menyertai partinya berbuat demikian kerana perubahan kepimpinan kerajaan di peringkat nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Oleh itu, Mohd Shafie seharusnya faham bahawa perlunya kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya adalah punca yang mencetuskan kemungkinan wakil rakyat meninggalkan kerajaan pimpinan Warisan,” tambahnya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat