Covid19: Kuching Zon Merah, JPBN Sarawak Adakan Mesyuarat Khas Esok

Tindakan pantas APMM selamatkan lebih 100 anak kapal Dayang Topaz

KUCHING: Rakyat Sarawak hari ini dikejutkan dengan insiden kapal platform MV Dayang Topaz, yang merempuh pelantar minyak di perairan Kuala Baram di Miri, kira-kira...

Muhyiddin Setuju Lantik TPM Dari UMNO Asalkan Bukan Zahid

Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah bersetuju untuk melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri dari kalangan UMNO bagi memastikan kestabilan...

Tukar-Tukar Tempat Sembunyi

Kuala Lumpur: Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, 32, yang dikehendaki pihak berkuasa sebagai suspek utama kes pengubahan wang haram dan judi dalam talian...

COVID-19: Rusia Sahkan Kematian Tertinggi Pernah Dicatatkan

RUSIA melaporkan 320 kematian baharu akibat COVID-19, sekali gus menjadi angka korban tertinggi pernah dicatatkan. Pada masa sama, sebanyak 16,550 lagi kes positif disahkan pada...

Pembangkang Thailand Kelar Lengan Semasa Sesi Khas Parlimen

BANGKOK: Seorang ahli Parlimen pembangkang Thailand mengelar lengannya tiga kali dengan pisau kecil dalam rayuan emosionalnya, meminta kerajaan agar menyelesaikan situasi politik di negara...

Betong – Penguatkuasaan larangan perjalanan antara isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak pada Ahad susulan perkembangan terkini COVID-19 di Kuching.

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mesyuarat khas itu bagi membincangkan tindakan lanjut ekoran peningkatan kes positif di Kuching dalam tempoh 14 hari.

“Hari ini, kita mempunyai lapan kes positif. Semalam sembilan kes dan dengan kes terbaru itu, Kuching kini mempunyai 39 kes positif.

“Dengan hanya satu kes sahaja lagi, kawasan itu akan berubah menjadi merah daripada zon kuning,” kata Uggah dalam satu kenyataan pada malam Sabtu.

Jelas beliau, perubahan zon kuning kepada merah menunjukkan bahawa kes itu serius dengan peningkatan mendadak.

Katanya, mesyuarat itu juga akan mencari kaedah untuk menentukan langkah-langkah yang perlu apabila bertukar menjadi zon merah.

“Sebarang keputusan yang ditentukan akan dimaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memastikan tindakan diambil dalam kadar segera,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang keputusan yang dibuat kerajaan negeri akan dimaklumkan kepada Kerajaan Pusat.

“Keputusan (mesyuarat) akan dimaklumkan kepada pihak kerajaan (Persekutuan), (hasil mesyuarat) kita akan wartakan dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Kerajaan Sarawak mungkin akan perkenalkan SOP yang lebih ketat, Insya-Allah akan umum Isnin nanti,” ujarnya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Tindakan pantas APMM selamatkan lebih 100 anak kapal Dayang Topaz

KUCHING: Rakyat Sarawak hari ini dikejutkan dengan insiden kapal platform MV Dayang Topaz, yang merempuh pelantar minyak di perairan Kuala Baram di Miri, kira-kira...

Muhyiddin Setuju Lantik TPM Dari UMNO Asalkan Bukan Zahid

Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah bersetuju untuk melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri dari kalangan UMNO bagi memastikan kestabilan...

Tukar-Tukar Tempat Sembunyi

Kuala Lumpur: Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, 32, yang dikehendaki pihak berkuasa sebagai suspek utama kes pengubahan wang haram dan judi dalam talian...