Keputusan Usir Rayhan Tidak Masuk Akal Kata NGO

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Dua NGO hak asasi manusia mendesak agar kerajaan memberikan keadilan buat lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir.

Mereka turut menolak keputusan Jabatan Imigresen untuk menghantar lelaki tersebut pulang ke negara asalnya sebelum dibuktikan bersalah.

Pengarah Eksekutif Inisiatif Utara-Selatan (NSI), Adrian Pereira mendesak Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dalam kes ini.

“Peguam Negara harus memastikan peraturan undang-undang ditegakkan dan bukan peraturan menurut undang-undang seperti yang diputuskan Jabatan Imigresen.

“Rayhan mesti diberi perbicaraan yang adil untuk membolehkannya menjelaskan dirinya sendiri dan tidak dihantar pulang secara sewenang-wenang,” katanya kepada sebuah portal berita.

Selain itu Pereira turut mendesak kerajaan untuk memastikan keselamatan Rayhan sepanjang berada dalam tahanan.

“Apa yang berlaku dalam tahanan adalah sesuatu yang dikhuatiri oleh banyak aktivis dan badan sivil.

“Setelah ditahan, kerajaan harus memastikan keselamatannya,” tegasnya.

NGO yang berpusat di Petaling Jaya itu turut menggesa reformasi terhadap undang-undang imigresen bagi memastikan para pendatang tidak menjadi korban atau di hantar pulang setelah membuat aduan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, Rayhan akan diusir dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia buat selama-lamanya.

Imigresen sebelum ini turut membatalkan permit kerja lelaki berusia 25 tahun itu.

Dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap negara ini.

Sementara itu Peguam Charles Hector Fernandez dari NGO Malaysia Against Death Penalty and Torture (Madpet) juga bersetuju hanya mahkamah yang harus memutuskan sama ada Rayhan perlu dihantar pulang atau tidak.

Dia tidak setuju bahawa pengusiran diputuskan melalui keputusan “pentadbiran”.

“Sekiranya pengusiran itu tidak dihentikan, kebimbangannya adalah banyak pihak yang percaya bahawa Malaysia hanya berusaha untuk mengelakkan perbicaraan yang adil.

“Sekiranya Malaysia benar-benar yakin bahawa dia melakukan jenayah, maka tuduh dan bicara di mahkamah Malaysia sesuai dengan undang-undang Malaysia.

“Untuk menunjukkan bahawa Rayhan bersalah hanya kerana dia muncul di dokumentari tersebut, mungkin tidak masuk akal,” kata Fernandez dalam satu kenyataan.

Dalam laporan khas yang disiarkan Al Jazeera, lelaki itu didakwa membuat pelbagai dakwaan dan tohmahan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat