Bandar Kuching Kini Zon Merah, Hospital Sentosa Ditutup

Anwar Tolak Parti Pejuang, Takkan Saya Nak Sokong Dia? – Mahathir

LANGKAWI - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh...

Penafian Ahli Parlimen UMNO Bukti Anwar Terdesak & Kemaruk Kuasa – Azmin

KOTA KINABALU - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menerima sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan adalah tindakan orang...

Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...

Arahan Penutupan Selepas Pendaki Positif Covid-19 Daki Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu, ditutup bermula hari ini hingga 8 Oktober untuk proses nyah kuman. Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan...

Kuala Lumpur – Kuching kini dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes setakat 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Hospital Sentosa di Kuching turut ditutup kepada orang awam manakala semua kakitangan pusat perubatan itu dikuarantin di dalam hospital berkenaan.

“Empat kes baharu Kluster Hospital Sentosa. (Seramai) 677 individu telah disaring dan diuji, 657 masih menunggu keputusan dan Kuching, Sarawak telah menjadi zon merah,” katanya menerusi catatan di laman Facebook beliau.

Pengesanan kontak rapat juga telah dan sedang dijalankan, katanya.

Kes jangkitan baharu Covid-19 di dalam negara mencatatkan 23 kes hari ini berbanding 21 semalam.

Sementara itu di Kuching, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak akan mengadakan mesyuarat khas di sini esok untuk membincangkan perkembangan terkini pandemik Covid-19 di Daerah Kuching, kata Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini, beliau berkata daerah berkenaan mencatatkan peningkatan ketara kes positif akhir-akhir ini dengan hari ini sahaja lapan kes positif baharu telah dilaporkan.

“Terdapat 39 kes (baharu) positif (terkumpul sejak Ahad lepas) dan dengan satu lagi kes, kami akan menjadi zon merah daripada kuning. Apabila menjadi (zon) merah, ia mencerminkan betapa seriusnya keadaan ini. Ini memerlukan langkah-langkah tertentu diambil. Mesyuarat esok diadakan khas untuk menentukan langkah-langkah ini,” katanya.

Beliau berkata apa sahaja langkah yang dipertimbangkan dan ditentukan akan dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan.

“Kami mahu mereka bertindak supaya kami dapat menguatkuasakan atau melaksanakannya secepat mungkin,” katanya, sambil menambahkan bahawa larangan perjalanan akan menjadi antara isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Penasihat jawatankuasa berkenaan, Dr Sim Kui Hian yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri dan Dr Stephen Rundi (Menteri Utiliti Sarawak), Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing dan pasukan pakar perubatannya dijangka menghadiri mesyuarat tersebut. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...

Arahan Penutupan Selepas Pendaki Positif Covid-19 Daki Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu, ditutup bermula hari ini hingga 8 Oktober untuk proses nyah kuman. Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan...