Prolintas sahkan beberapa staf ditahan SPRM, terkait rasuah lebih RM1.6 bilion.

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan beberapa kakitangannya terkait kes pembinaan.

Prolintas dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima maklum mengenai penahanan itu.

“Kami komited dan bersedia untuk bekerja rapat dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan.

“Prolintas terus komited dalam mengekalkan integriti dan tadbir urus korporat pada tahap tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Terdahulu media melaporkan, SPRM menahan lapan individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat konsesi lebuh raya bergelar Datuk, disyaki terlibat rasuah bernilai lebih RM1.6 bilion.

Sumber berkata kesemua suspek yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita berusia sekitar
40-an hingga 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

“Tiga daripada suspek yang berkhidmat di syarikat konsesi lebuh raya disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM1 bilion daripada lima pemilik syarikat, sebagai balasan mendapatkan kontrak mengambil alih kerja pembinaan yang sebelum ini dijalankan sebuah syarikat lain.

“Selain itu, mereka juga dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan satu seksyen projek lebuh raya lain di Lembah Klang yang bernilai lebih kurang RM670 juta. Keseluruhan nilai kedua-dua projek ialah RM 11 bilion,” katanya.

Menurut sumber, CEO itu bersama dua pengurusan tertinggi syarikat berkenaan direman selama empat hari sehingga 28 Jun, manakala lima pemilik syarikat pula direman selama tiga hari sehingga 27 Jun ini mengikut permohonan SPRM.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat