JAN laksana CSR sempena PJK 2024

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KOTA SAMARAHAN – Seramai 357 kakitangan Jabatan Audit Negara (JAN), kerajaan Sarawak dan, masyarakat setempat terlibat dalam program kemasyarakatan (CSR) di tiga buah sekolah kebangsaan (SK) sempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan (PJK) 2024, di sini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JAN pada Isnin, memaklumkan tiga buah sekolah telah terlibat dalam program ini, SK Mang, SK Kampung Empila dan, SK Kampung Melayu.

Aktiviti ‘touch point’ ini untuk meningkatkan kesejahteraan pelajar sekolah dengan penambahbaikan fasiliti dan persekitaran sekolah yang terpilih.

Impak daripada aktiviti tersebut dapat memenuhi keperluan dan, memberi manfaat kepada warga sekolah serta masyarakat setempat.

Menurutnya, kerjasama dari pelbagai jabatan dan agensi di negeri ini telah berjalan dengan lancar dan, mencapai objektif yang dihasratkan.

Katanya, aktiviti penambahbaikan melibatkan kerja mengecat dinding luar, dalam, lantai dan, siling bagi blok bilik darjah, blok pra sekolah serta blok makmal komputer di tiga sekolah tersebut.

Selain itu, sekolah yang terlibat juga menerima sumbangan alat pemadam api, kipas dan kerusi untuk kegunaan sekolah berserta pokok bunga yang di tanam di sekitar kawasan sekolah.

Ujarnya, wajah baharu yang diberikan kepada blok-blok ini dan kawasan sekolah diharapkan akan memberikan lebih keselesaan dan keceriaan kepada semua warga sekolah.

Pemilihan program berfokuskan sekolah luar bandar merupakan kesinambungan daripada pengauditan terhadap pengurusan naik taraf dan pembangunan bangunan daif sekolah termasuk sekolah-sekolah di Sarawak yang telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tahun lalu.

Hasil daripada teguran audit, pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menangani isu ini.

Pada 20 Mei lalu , Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah turun padang membuat lawatan tapak bagi melihat sendiri keadaan sekolah-sekolah tersebut.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Hjh. Patimah Ramuji.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee.

“Pelaksanaan CSR ini mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Premier Sarawak, Jabatan Kerja Raya Sarawak, Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Pejabat Pembangunan Sarawak, Jabatan Pendidikan Sarawak dan, Syarikat Sarawak Energy Berhad,” tambah kenyataan itu lagi – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat