1,236 Pemandu Mabuk Ditahan Setakat Ini – PDRM

- Advertisement -

Seramai 14,949 pemandu diperiksa dalam Op Mabuk di seluruh negara sepanjang Januari hingga 15 Jun tahun ini iaitu peningkatan lebih sekali ganda berbanding tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, sebanyak 507 Op Mabuk dilakukan pihaknya di seluruh negara sepanjang tempoh itu.

“Menerusi operasi itu, 14,949 pemandu diperiksa dan jumlah itu meningkat lebih sekali ganda berbanding 6,426 individu diperiksa bagi tempoh sama tahun lalu.

“Daripada semua individu yang diperiksa, 1,236 pemandu ditahan selepas ujian saringan dilakukan didapati paras alkohol mereka melebihi daripada kadar ditetapkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Azisman berkata, pihaknya terus melaksanakan Op Mabuk secara konsisten setiap hari dan menggandakan operasi pada hujung minggu.

“Kami memandang serius mengenai isu pemandu mabuk.

Mereka yang didapati melakukan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol boleh didakwa mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 kepada 48 penerima membabitkan tujuh pegawai kanan, 38 anggota dan tiga kakitangan awam JSPT.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara kepada dua anggota JSPT Shah Alam yang menyelamatkan anjing cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan pada 12 Jun lalu.

“Saya amat berbangga dengan keikhlasan anggota trafik terbabit yang memberikan perkhidmatan menyuraikan trafik di lokasi berkenaan bagi menyelamatkan anjing berkenaan walaupun menyedari itu bukan tugasan hakiki mereka.

“Ini adalah satu tindakan yang bernas kerana kami sentiasa menggalakkan anggota mahupun pegawai trafik menggunakan kesempatan ketika bertugas bagi memberi khidmat bakti kepada masyarakat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat