Sekolah Tahfiz Dibenar Beroperasi Semula

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekolah dan madrasah tahfiz berdaftar akan dibenarkan beroperasi semula berdasarkan tarikh pembukaan sekolah yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, kesemua premis pendidikan itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KPM, manakala madrasah yang mempunyai kemudahan asrama juga perlu mengikut SOP yang ditetapkan.

“Jadi kepada sekolah tahfiz, tidak perlulah membangunkan SOP mereka sendiri tetapi hanya perlu merujuk dan mengguna pakai SOP yang telah ditetapkan oleh KPM.

“Bagaimanapun bagi sekolah dan madrasah tahfiz yang tidak berdaftar perlu membuat permohonan terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Agama Negeri,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara itu pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri di Kuala Lumpur, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat