Pusat Urut Dan Spa Dibenar Beroperasi Mulai 1 Julai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pusat urut dan spa diberi kebenaran untuk membuka semula operasi mereka bermula 1 Julai depan, manakala kegiatan mencuba pakaian di pusat membeli-belah juga kini dibenarkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bagi menggalakkan industri pelancongan domestik, mesyuarat hari ini bersetuju dengan permohonan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi pembukaan semula subsektor pelancongan bermula 1 Julai,” katanya.

“(Iaitu) mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran; pameran pelancongan dan perdagangan; dan perkhidmatan spa, urut kaki dan wellness,” katanya.

Bagaimanapun, syarat yang amat ketat akan dikenakan terhadap perniagaan pusat urut kaki, spa dan wellness berkenaan, tambahnya.

Antaranya syarat yang dikenakan ialah pusat kesihatan tersebut perlulah berdaftar dengan pihak berkuasa, manakala hanya pekerja tempatan sahaja yang dibenarkan untuk bekerja di pusat -pusat berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat