Pahang Peruntukan RM35 Juta Tingkatkan Kecekapan Pengurusan Banjir

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan peruntukan RM35 juta bagi meningkatkan kecekapan Pengurusan Banjir di negeri itu.

Jelas beliau, peruntukan itu bagu memastikan pengurusan bencana banjir sentiasa lancar dan efisien.

Dengan peruntukan RM35 juta itu, Pahang akan membeli 3 bot amphibia, 1 bot hovercraft, serta membina 6 Pusat Pemindahan Banjir Kekal.

Selain itu kata Wan Rosdy lagi, pembinaan helipad (landasan pendaratan helikopter) di Benta (Lipis), Kampung Rening (Cameron Highlands), Bandar Temerloh dan Lanchang (Temerloh) dan Chenor (Maran), pembelian instrumen Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh (Cameron Highlands) dan Sistem Amaran Banjir (Raub), pembelian bot-bot menyelamat yang akan ditempatkan di pejabat pejabat Penghulu dan pelaksanaan kursus khas pengurusan bencana banjir kepada petugas-petugas di peringkat daerah.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat semalam bersetuju untuk melaksanakan perolehan dan perbelanjaan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan banjir di negeri Pahang.

”Kesemua perolehan dan perbelanjaan ini dianggarkan bernilai lebih kurang RM35 juta.

”Selain itu, Kerajaan Negeri Pahang juga sedang menyelaras beberapa lagi tindakan perolehan dan perbelanjaan bagi memastikan pengurusan bencana banjir sentiasa lancar dan efisien.” Katanya menerusi Facebooknya.

Namun, pendekatan yang diambil adalah berbeza berdasarkan keperluan dan permintaan di setiap daerah.

Ujar Wan Rosdy, kerajaan negeri akan berusaha bagi menambah baik keperluan dan kelengkapan sedia ada.

”Saya berharap dengan perolehan dan perbelanjaan ini, semua pihak khususnya pasukan penyelamat dan petugas barisan hadapan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang situasi bencana yang berlaku pada bila-bila masa terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

”Bagi saya, pasukan penyelamat dan petugas barisan hadapan sememangnya perlu dibekalkan dengan kelengkapan yang bersesuaian serta latihan dan ilmu yang sepatutnya kerana mereka terdedah kepada risiko besar ketika berlakunya sesuatu bencana.

”Kerajaan Negeri sentiasa berusaha bagi menambah baik keperluan dan kelengkapan sedia ada yang dibekalkan kepada petugas kita.

“Saya berdoa agar negeri Pahang dan rakyatnya sentiasa dilindungi oleh Allah SWT daripada sebarang musibah, wabak penyakit dan malapetaka.” Katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat