Ijazah kehormat kedoktoran PM tak perlu dipertikai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Status Nihon University yang menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu dipertikai kerana institusi itu merupakan universiti terkemuka di Jepun.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam kenyataan menegaskan, ijazah kehormat mempunyai nilai tersendiri yang dianugerahkan oleh universiti termasuk universiti terkemuka di dunia seperti di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Australia dan negara maju lain.

“Dari segi amalan, ia merupakan penganugerahan berprestij kepada seseorang tokoh terpilih atas sumbangan besar dalam bidang tertentu, misalnya ahli akademik, pakar industri, aktivitis masyarakat serta pemimpin negara termasuk dari Malaysia.

“Perdana Menteri menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan daripada Nihon University sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangannya dalam memerangi pandemik COVID-19, baru-baru ini,” tegas MQA.

Tambahnya,MQA melaksanakan proses pengesahan pengiktirafan kelayakan luar negara berasaskan status pengiktirafan negara asal bagi kelayakan yang tidak tersenarai dalam sistem kami.

“Perkara ini seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling MQA Bil. 6/2019: Mekanisme Baharu Pengiktirafan Kelayakan Luar Negara yang boleh diakses pada pautan https://www.mqa.gov.my/pv4/recognition.cfm ,” katanya.

Pada 24 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan oleh Universiti Nihon, Tokyo, Jepun susulan kejayaannya menggalas amanah sebagai Menteri Kanan Pertahanan Kluster Keselamatan yang bertanggungjawab menerajui serta mempengerusikan mesyuarat khas menteri-menteri dalam memerangi ancaman pandemik Covid-19.

Pun begitu, Ismail Sabri menganggap ijazah yang dianugerah kepadanya bukan untuk dirinya sebaliknya untuk seluruh Keluarga Malaysia yang bersatu hati bersama kerajaan untuk menghadapi pandemik Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat