Cuma HFMD bukan Monkeypox – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kanak-kanak 3 tahun cuma mengalami gejala HFMD bukannya virus Monkeypox.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan keputusan ujian mengesahkan kes kanak-kanak berkenaan adalah HFMD kerana keputusan adalah positif Virus Coxsackie A6, dan negatif Monkeypox serta lain-lain virus yang diuji.

“Dimaklumkan bahawa susulan kenyataan KKM mengenai penyakit monkeypox, seorang kanak-kanak berumur 3 tahun telah dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam (13 Mei) dan ruam (16 Mei). Ruam ini menjadi ‘blister’ (19 Mei) dan mula pecah (21 Mei).

“Diagnosa awal kanak-kanak ini adalah HFMD. Kanak-kanak ini kemudiannya dipantau di Hospital Kuala Lumpur oleh pakar pediatrik. Dua sampel telah diambil di mana Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk HFMD dan Monkeypox.

“Keputusan ujian mengesahkan kes kanak-kanak ini adalah HFMD kerana keputusan adalah positif Virus Coxsackie A6, dan NEGATIF Monkeypox serta lain-lain virus yang diuji,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada 24 Mei, KKM menyatakan tidak menerima sebarang notifikasi berhubung kes seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti virus monkeypox atau cacar monyet seperti yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, KKM dalam satu kenyataan menasihatkan waris kanak-kanak berkenaan membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan dengan segera jika gambar yang ditularkan adalah benar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat