Ramai MP setia boleh isi jawatan menteri ditinggal Zuraida – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Ramai lagi ahli parlimen yang setia terhadap parti dan tidak melompat parti wajar dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Menteri yang dipegang oleh Datuk Seri Zuraida Kamaruddin,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu melihat perkara ini serius dan tidak lagi berkompromi kepada mana-mana melompat kemudian kekal jawatan menteri Kabinet.

Kata Zahid, ia sebahagian tanda sokongan terhadap ketegasan menangani isu lompat parti kalangan wakil rakyat menjelang pelaksanaan undang-undang lompat.

“Apabila ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang pernah keluar dari PKR kemudian menyertai Bersatu dan kini keluar pula untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) ia memberikan seolah-olah sangat mudah kepada wakil rakyat di negata ini untuk bertukar parti mengikut selera dan cita rasa sendiri.

“Tindakan lompat demi lompat sudah pasti mengecewakan rakyat dan menunjukkan tiada kawalan terhadap wakil rakyat dan bebas buat apa-apa sahaja.

“Tindakan ini sebenarnya menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap wakil rakyat dan parti politik semakin terhakis. Ia seolah-olah mempermainkan undi rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak mustahil tanpa pindaan undang-undang disegerakan krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik akan menyebabkan kadar peratusan mengundi akan semakin rendah pada pilihan raya umum akan datang.

“Perdana Menteri perlu melihat perkara ini serius dan tidak lagi berkompromi kepada mana-mana melompat kemudian kekal jawatan menteri kabinet.

“Ia sebahagian tanda sokongan terhadap ketegasan menangani isu lompat parti kalangan wakil rakyat menjelang pelaksanaan undang-undang lompat,” tegas beliau.

Hari ini, Zuraida membuat kejutan dengan melepaskan jawatan sebagai
sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Bukan cuma itu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memaklumkan penyertaannya dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) sekali gus keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat