Zahid Dipersalah, Ahli Parti Marah Menteri UMNO Kerana Kerajaan Gagal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab atas peningkatan kemarahan ahli parti itu terhadap menteri UMNO yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional (PN).

Perkara ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan seorang lagu pimpinan UMNO.

Kemarahan ini berpunca kerana Zahid tidak mengarahkan menteri UMNO dalam Kabinet PN untuk meninggalkan kerajaan yang kini berdepan kritikan hebat terhadap caranya mengendalikan krisis Covid-19 dan ekonomi.

Zahid sebelum ini cuba mempertahankan UMNO, dengan berkata parti itu tidak sepatutnya dipersalahkan atau dikaitkan dengan kegagalan kerajaan, kerana ia tidak terlibat dalam keputusan berkaitan mana-mana dasar negara.

Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan orang UMNO sepatutnya dipersalahkan dalam situasi Covid-19 yang semakin memburuk, program vaksinasi yang perlahan, dan sekatan yang tidak dirancang dengan sempurna.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah semua ahli UMNO.

Memetik FMT Nazri memberitahu, beliau tidak bersetuju menteri dari UMNO tidak patut dipersalahkan atas kegagalan kerajaan kerana keputusan Jemaah Menteri dibuat secara kolektif.

Bagaimanapun, kata beliau, rakyat tidak boleh dipersalahkan menuduh UMNO dan menteri-menterinya, kerana bukan semua orang tahu bagaimana keputusan kerajaan dibuat.

“Jika ada sesiapa yang boleh dipersalahkan, orangnya adalah Zahid. Beliau tidak boleh salahkan rakyat marah dengan menteri UMNO kerana beliau sendiri tidak mengarahkan (menteri-menteri berkenaan) keluar daripada Kabinet.”

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Mac lau, Zahid diberi mandat untuk memutuskan sama ada parti itu akan menarik balik sokongan terhadap kerajaan.

“Ini termasuk mengarahkan menteri-menteri UMNO keluar daripada kerajaan.

“Kegagalan beliau berbuat demikian menunjukkan kepemimpinannya yang lemah dan pengecut,” kata Nazri.

Beliau berkata, inilah sebabnya UMNO perlu mengadakan pemilihan parti secepat mungkin kerana parti itu tidak lagi mampu diterajui “kepimpinan seperti itu”.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin tertinggi UMNO yang tidak mahu dinamakan, berkata, beliau risau kemarahan yang meningkat terhadap kerajaan akan memberi impak kepada parti.

“Zahid mesti berani dan arahkan mereka berhenti (daripada kerajaan). Mungkin beliau takut menteri-menteri UMNO tidak akan dengar cakapnya, dan ini akan lebih menunjukkan kelemahan beliau,” kata pemimpin yang tidak ingin dinamakan itu.

“Namun, (ini bermaksud) UMNO yang akan menanggung akibat kelemahan kepemimpinannya. Jika rakyat marah dengan kerajaan, kita akan turut terkait.

Katanya, parti itu memerlukan kepimpinan yang lebih tegas sekiranya mahu menang pada pilihan raya akan datang.

“Kita tidak boleh, dan tidak patut tunda pemilihan parti. Keadaan akan jadi lebih buruk kalau kita terus begini.

“Rakyat akhirnya akan membenci kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat