‘Tekan-tekan tak dapat, Kak Mitch bukan robot’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Sibuk nak suruh Kak Mitch (saya) mengaku banyak kali Kak Mitch bukan robot. Kak Mitch bukan robot.”

Itu reaksi dan luahan bersahaja penyanyi terkenal Misha Omar susulan cubaan mendaftar vaksin AstraZeneca (AZ) pusingan kedua yang dibuka hari ini.

Misha berkata, cubaan bersama suami gagal apabila bahagian untuk pilihan negeri sangkut.

“Perjuangan masih belum selesai. Kami berdua suami isteri masih gagal dptkan temu janji vaksin. Corat coret nak daftar percubaan dapatkan vaksin hari ini adalah momen apabila ‘page’ untuk itu sangkut dan suruh pilih tempat. Tapi apabila kita klik dia buat tidak tahu. Tekan-tekan, ‘geletek-geletek’ dia reaksi tetap sama. Dia buat tidak tahu macam tiada perasaan.

“Selepas tekan ‘refresh’ isi semua butiran beberapa kali sampai jari kebas tapi tetap ‘geletek’ di tempat yang nak divaksin itu tiada sebarang reaksi. Saya berasakan cakap ‘i love you’ pada suami tahun ini pun tak sebanyak saya mengaku bukan robot di laman web vaksin Covid-19 tadi.

“Geram kita wak. Selepas beberapa ketika lepas ke ‘page’ seterusnya nak pilih tarikh. Tekan semua tarikh ya, tetap dia mainkan perasaan saya. Sejenis tiada perasaan ya. Buat keras cakap tarikh tak ‘available’. Maka proses dari ayat pertama corat coret ini saya ulang sampai Abang Jamil kau pengsan,” katanya.

Menerusi hantaran dimuat naik itu juga, Misha menasihati rakyat Malaysia supaya tidak berputus asa untuk mendapatkan vaksin.

“Perlumbaan yang sangat sengit. Tidak mengapa niat itu penting. Ingat kita jaga kita. Vaksin untuk lindungi diri sendiri dan menjaga orang sekeliling. Kita cuba lagi lain masa okay? Jangan sedih. Kita berlumba lagi untuk perlumbaan yang akan datang. Jaga diri, jangan keluar rumah,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat