‘Eina Azman semalam ‘register’ pakai laman web mana ya?’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Selebriti Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah mencetuskan persoalan dalam kalangan warganet apabila didakwa menerima suntikan vaksin di sebuah hospital di Ipoh.

Perkongsian Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, bersama placard ‘saya sudah divaksin’ menjadi tular di media sosial.

Ia seterusnya mengundang kecaman apabila warganet mendakwa dia memotong giliran pengambilan vaksin sekaligus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa dari 25 Mei hingga 7 Jun ini.

“Eina Azman semalam ‘register’ pakai laman web mana ya? Terus cucuk pulak tu. Kerja buat video memasak je hari-hari pun awal dapatnya,” soal seorang pengguna.

“Hebat tak? Orang lain tunggu appointment beratur dekat PPV (Pusat Pemberian Vaksin). Eina Azman ambil direct dekat Hospital Ipoh,” komen lain pengguna.

“Best ke potong ‘que’, kami yang orang Perak pun tak dapat lagi. Mak ayah yang dah tua pun tak dapat lagi. Ni nak marah ni!,” antara komen pengguna lain.

“Hai nak tanya macam macam boleh dapat vaksin di Ipoh? Kongsi la tip,” sindir warganet lain pula.

Menyedari perkara itu amat sensitif dan boleh menimbulkan perdebatan hangat, ibu kepada sepasang kembar itu bertindak memadamkan hantaran terbabit  tidak berapa lama kemudian.

Hantaran itu mengundang dua isu iaitu bagaimana Eina dan suaminya cepat mendapat vaksin dan pelanggaran SOP rentas negeri tanpa alasan yang kukuh.

Namun, tidak dapat dipastikan Eina menerima suntikan jenis Pfizer atau AstraZeneca tidak dapat dipastikan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat