“Saya minta maaf jika pelindung muka tidak cukup” – Tajuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan polis akan menyoalnya kerana tidak memakai pelitup muka ketika sidang media baru-baru ini.

Tajuddin berkata, beliau memakai pelindung muka lut sinar supaya pihak media dapat mendengarnya bercakap dengan lebih jelas.

“Saya dimaklumkan pelindung muka sudah cukup,” katanya memetik FMT.

Namun, Tajuddin berkata beliau memakai pelitup muka ketika melawat terowong LRT dan membuat tinjauan, cuma bukan ketika sidang media semalam.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah, berkata semua pihak yang terbabit dalam kes itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Semasa sidang media di Stesen LRT KLCC semalam, Tajuddin dilihat hanya memakai pelindung muka lut sinar, tanpa memakai pelitup muka.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini berkata, pelitup muka mesti dipakai bawah pelindung muka.

Tajuddin berada di stesen LRT berkenaan pagi semalam susulan kejadian dua tren LRT bertembung pada malam sebelumnya melibatkan 213 penumpang.

Prasarana mengendalikan Laluan Kelana Jaya, di mana kejadian tersebut berlaku.

“Saya minta maaf jika pelindung muka tidak cukup,” kata beliau.

“Pelindung muka ini bukan biasa-biasa, ditempah khas daripada sumber yang diyakini.”

Tajuddin berkata, polis mungkin mahu menyiasat beliau kerana ada yang tidak puas hati dengannya tidak memakai pelitup muka.

“Tapi bagaimana nak bercakap pada sidang media dengan memakai pelitup muka? Jadi saya ingat pelindung muka (lut sinar) lebih baik,” katanya.

Pelindung muka lut sinar yang dipakai Tajuddin menjadi bualan di media sosial, dengan ada warganet yang mempersoalkan tindakannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat