Tajuddin janji akan minta maaf, tambah pampasan mangsa LRT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegur kesilapan sidang media Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman susulan nahas LRT kelmarin.

“Sebentar tadi saya telefon Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli Parlimen UMNO. Dan dia boleh agak apa yang saya nak cakap.

“Beliau mengaku buat kesilapan dalam sidang media mengenai kemalangan LRT,” catat Najib.

Justeru, Najib memberitahu bahawa Tajuddin menerima nasihat serta teguran beliau untuk meminta maaf atas cara pengendalian sidang media sebab tragedi di mana ramai cedera parah bukan masa untuk berseloroh.

“Dia (Tajuddin) akui, dia tak sepatutnya mengendalikan sidang media sebegitu rupa. Dia sendiri akui, sidang media itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik dan penuh empati serta maklumat. Dia juga akan meminta maaf kepada wartawan yang hadir terutama wartawan Phoenix TV.

“Selain menanggung kos perubatan penuh, Tajuddin juga akan meminta Prasarana menaikkan jumlah bantuan kewangan kepada mereka yang cedera dari RM1,000 ke satu angka yang lebih memuaskan. Ini bukan pampasan tetapi bantuan kecemasan untuk mangsa,” kata Najib mengulas inti pati perbualannya dengan Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

“Prasarana juga akan membantu mangsa untuk menuntut pampasan dari PERKESO dan dari majikan yang mempunyai insurans swasta bagi pekerja.

“Malah Tajuddin juga berjanji bahawa dia akan memastikan siasatan penuh punca tragedi tidak akan menyorok sebarang maklumat atau melindungi sesiapa serta memastikan penambah baik SOP keselamatan akan dilaksanakan secepat mungkin agar tragedi seumpama ini tidak berulang,” ujarnya.

Bukan itu saja, menurut Najib, Tajuddin berjanji akan letak jawatan sebaik sahaja MKT UMNO arahkan semua ahli UMNO untuk meletak jawatan pada masa yang sesuai seperti keputusan PAU UMNO beberapa bulan lepas.

“Saya berterima kasih pada YB Tajuddin yang merupakan sahabat lama saya sebab terbuka hati dengan nasihat dan teguran saya,” kata Najib.

Semalam Tajuddin teruk dihentam kerana sikap dan kata-katanya sewaktu sidang media berhubunh tragedi tren LRT bertembung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat