Episod pengenalan Powerpuff Girls gagal, buat semula

- Advertisement -

Los Angeles: Episod pengenalan siri hidup Powerpuff Girls bakal dibuat semula selepas hasilnya tidak menjadi dan disifatkan gagal.

Ketua Pegawai Eksekutif CW selaku penerbit, Mark Pedowitz, banyak aspek yang mereka terlepas pandang sehingga terpaksa mengambil keputusan itu.

“Sebab utama kita buat episod pengenalan adalah untuk melihat elemen yang kita terlepas. Dan episod ini sememangnya tidak menjadi.

“Daripada pelakonnya, kami memang percayakan mereka. Begitu juga dengan penulis serta produksi.

“Bagaimanapun, disebabkan masih banyak elemen tidak cukup, kami mahu membuat penggambaran semula. Justeru, kami tidak teruskan apa yang kami ada buat masa sekarang,” katanya.

Dibintangi Chloe Bennet, Dove Cameron, Yana Perrault, and Donald Faison, episod pengenalan itu disifatkan terlalu dibuat-buat. Ia tidak kelihatan realistik sebagaimana diharapkan.

Justeru, CW tidak mahu menghampakan penonton dengan hasil yang tidak memuaskan. Apalagi kisah adaptasi daripada animasi itu sememangnya cukup terkenal dan dinantikan pengikutnya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat