Penerangan Mudah ‘Pok Ya’ Berkaitan Vaksin Dalam Dialek Kelantan Raih Pujian Netizen

- Advertisement -

Ketika ini, masih ada lagi yang keliru dengan fungsi sebenar vaksin dimana ada yang mengatakan vaksin adalah ubat untuk menyembuhkan pesakit yang terjangkiti wabak COVID-19.

Untuk pengetahuan umum, vaksin ini berfungsi sebagai pelindung agar kita tidak terjangkiti wabak COVID-19 dan juga mengurangkan kadar risiko yang dialami jika sah terjangkiti wabak tersebut.

Terbaharu, Sabri Yunus iaitu seorang pelakon yang cukup dikenali di Malaysia telah menggunakan media sosialnya untuk memberikan kesedaran akan fungsi vaksin dengan penjelasan yang mudah difahami dalam dialek Kelantan.

Menerusi video tersebut, Sabri dilihat turut memberikan contoh situasi yang berlaku bagi memuudahkan pemahaman orang ramai. Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai.

Rata-rata netizen memuji Sabri yang menggunakan pengaruhnya untuk bersama-sama menyampaikan ilmu berkaitan vaksin kepada orang ramai. Bukan itu sahaja,  para netizen turut mengatakan sewajarnya mereka yang berpengaruh melakukan inisiatif seperti ini untuk mempengaruhi rakyat mengambil vaksin.

 

 

Screenshot 2021-05-26 at 2.58.43 PM

Screenshot 2021-05-26 at 2.59.07 PM

Untuk rekod, hampir 11,000 penerima vaksin di Kedah tidak hadirkan diri antara 19 April hingga Sabtu lalu kerana bertukar fikiran disebabkan belum bersedia untuk menerima suntikan vaksin.

Sebelum ini, sebuah laporan mengatakan hampir 10,000 penerima vaksin di Kelantan tidak hadir ke pusat vaksinasi untuk menerima vaksin walaupun mereka layak.’

The Vocket

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat