“Baru siasatan, benar salah belum tentu tak perlu terkejut lagi” – PAS beritahu Razlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS meminta ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Razlan Rafii supaya ‘menyimpan’ perasaan terkejutnya untuk perkara lain bukannya siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pentadbiran Kerajaan Perlis.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan Razlan bahawa ia hanyalah prosedur siasatan dan belum lagi diputuskan bersalah.

“Saya terkejut apabila salah seorang ahli MKT Umno menyatakan bahawa dia terkejut apabila kerajaan Perlis terkait dengan siasatan SPRM tidak sampai dua tahun PN mengambil alih pentadbiran negeri itu.

“Saya terkejut kenapa beliau boleh terkejut. Ini kerana siasatan SPRM ini satu perkara yang tidak perlu ‘diterkejutkan’,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Fadhli berkata demikian mengulas kenyataan Razlan yang menyatakan dia terkejut apabila kerajaan Perlis terkait dengan siasatan SPRM tidak sampai dua tahun PN mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Razlan merujuk penahanan anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, seorang pegawai kanan pejabat menteri besar dan lima individu lagi bagi membantu siasatan dalam kes membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Kata Fadhli, jika usia pentadbiran kerajaan menjadi kejutan, maka beliau ingin mengingatkan kepada Razlan beberapa fakta.

“Ketika kerajaan PH 1.0 berkuasa tidak sampai 2 tahun, pegawai kanan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Mohamad Sabu telah disiasat SPRM kerana didakwa menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan masalah hutang supaya namanya dapat dikeluarkan daripada status muflis.

“Ketika kerajaan PH 1.0 berkuasa tidak sampai 1 tahun juga, pegawai kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub ditahan reman selama empat hari selepas didakwa menerima jam tangan mewah sebagai suapan daripada seorang pemaju.

“Bahkan ketika kerajaan PH-BN mentadbir negara tak sampai satu tahun pun iaitu pada Jun 2023, pegawai kanan Menteri Sumber Manusia pada masa itu, V Sivakumar pun disiasat oleh SPRM ekoran keterlibatan dalam isu pengeluaran permit pekerja asing. Apa kesudahannya tidak diketahui, tetapi Sivakumar telah memecat 5 pegawainya ini sebelum dirinya sendiri dipecat oleh Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet,” katanya.

Jadi, saya terkejut kepada beliau terkejut,” bidasnya.

“Sepatutnya beliau tidak terkejut kerana siasatan SPRM ini perkara biasa terutama menjelang pilihan raya. Dalam kes ini, pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu sedang menjelang.

“Bukanlah kerana pilihan raya SPRM menyiasat, tetapi hanyalah kebetulan sahaja. Sama sahaja kebetulan ketika hampir pilihan raya 6 negeri tahun lepas, pegawai-pegawai Menteri Besar Kedah disiasat SPRM. Kemudiannya, PN menang besar di Kedah.

“Jadi, tidak perlulah terkejut. Ia hanya siasatan. Benar salah belum tentu lagi, bahkan jika pun didapati ada kes dan diperintah bela diri, masih belum tentu bersalah. Ada kawan saya, terus bertuah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya ditarik balik kes walaupun sudah diperintah bela diri.

“Jadi, tak perlu terkejut. Simpanlah terkejut itu untuk perkara lain,” ujar Fadhli.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat