Khas Sempena Bulan Ramadan, Ini Menu Yang Anda Perlu Cuba Di Coffee Bean & Tea Leaf

- Advertisement -

Coffee Bean & Tea Leaf Company (CB&TL) antara kafe yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menikmati kopi dan ‘port’ lepak bersama rakan-rakan dan juga keluarga.

Bukan sekadar menjual minuman, CB&TL juga menjual pelbagai seleksi makanan yang pastinya memenuhi citarasa anda. Bersempena bulan Ramadan, CB&TL kini perkenalkan beberapa menu edisi khas yang cuma akan berada di semua cawangan CB&TL pada bulan Ramadan dan Raya sahaja.

photo_2021-04-25_20-04-36

photo_2021-04-25_20-04-44

photo_2021-04-25_20-04-48

Kami sempat mencuba kesemua menu edisi khas seperti Per-chick Sandwich, Opah Rendang Pie, Turkish Mocha, The 72%, The Sea Salt Mac, dan juga The Raya Cookie. Kesemua menu ini sangat sedap dan anda wajib mencuba Per-chick Sandwich kerana gabungan rasa ayam dan kuah percik yang cukup rasa akan membuatkan anda tidak berhenti mengunyah.

Tidak lengkap jika anda tidak nikmati minuman di CB&TL ini. Anda perlu cuba minuman barunya iaitu Turkish Mocha kerana anda akan dapat merasai minuman yang ‘fresh’ dan ‘berangin’ disebabkan oleh cinnamon tetapi gabungan rasanya bersama mocha tidak terlalu manis cukup sempurna.

1-5

1-2

1-3

Sudah nikmati makanan ringan dan minuman yang menyegarkan, kami mencuba dessert iaitu The 72% dan The Sea Salt Mac. Bagi kami, The 72% antara kegemaran kami kerana rasa ‘dark chocolate’ dengan almond dan pralines tidak membuatkan kami muak. Memang recommend anda untuk mencubanya.

Untuk pengetahuan anda, kek pandan gula melaka atau dikenali sebagai The Straits kini turut kembali di CB&TL. Bagi anda yang selalu ke CB&TL, The Straits adalah kek ‘best seller‘ yang perlu dicuba. Rugi jika tak try! Malah, anda juga boleh dapatkan biskut Raya di CB&TL untuk diberikan kepada rakan-rakan sebagai buah tangan. Bukan sahaja cantik tetapi sedap juga.

photo_2021-04-25_21-20-17

Harga hidangan dan minuman ini bermula dari RM7.50 hingga RM21. Istimewa bulan Ramadan, bermula 13 April hingga 12 Mei, setiap pembelian 2 minuman di CB&TL, anda akan dapat dessert secara percuma mulai jam 8 malam hingga waktu tutup operasi.

Tunggu apa lagi? Bolehlah ke CB&TL terdekat anda untuk iftar bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Mesti tidak kecewa!

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat