2,776 Kes Baru Covid, 13 Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan sebanyak 2,776 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 395,718 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daripada jumlah itu adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah 24,713 kes.

Mengenai penularan jangkitan COVID-19 mengikut negeri, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 762 kes dan diikuti Sarawak (615), Kelantan (343), Johor (309), Kuala Lumpur (254), Sabah (233) dan Pulau Pinang (123).

Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak 13 kes baharu kematian menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,449 kes.

Setakat ini, sebanyak 300 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 133 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,803 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 369,556 kes. – Awani

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa Satu Tindakan Keji Dan Tidak Berperikemanusian – Exco Pemuda UMNO

CYBERJAYA: Exco Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin mengecam serangan Tentera Israel terhadap umat Islam Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis tanpa...

Malaysia Kecam Pencerobohan Dan Serangan Tentera Israel Di Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis. Ketegasan Malaysia itu disuarakan oleh Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin...

Pahang Sumbang RM10,000 Ringankan Bebanan Siti Sarah

RAUB: Kerajaan negeri Pahang menyumbang sebanyak RM10, 000 untuk membantu adik Siti Sarah Ishak yang telah menjalani pembedahan jantung kali ke-2 di Hospital CVSKL...