Rakyat ubah sokongan jika rasa tak dihargai – Salleh Keruak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bendahari Umno Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak memperingatkan pimpinan politik bahawa sentimen rakyat boleh berubah dalam sekelip mata jika mereka rasa tidak dihargai.

Tegas bekas Ketua Menteri Sabah itu, sokongan rakyat perlu diusahakan kerana ia datang daripada kepercayaan, bukti kerja, dan sikap rendah diri.

“Sokongan rakyat bukan kekal. Hari ini mereka bersama kita, esok belum tentu kerana politik sentiasa berubah.

“Banyak parti tumbang kerana terlalu selesa. Mereka fikir kemenangan lama akan berulang, tapi gagal baca perubahan mood rakyat.

” Pengundi sekarang lebih bijak. Mereka peduli isu sebenar seperti kos sara hidup, pekerjaan, integriti dan kejujuran pemimpin,” ujar Salleh dalam catatan di Fcaebooknya.

Menurut beliau lagi, media sosial telah mengubah segalanya.

“Sentimen rakyat boleh berubah dalam sekelip mata jika mereka rasa tidak dihargai.

“Turun padang bukan hanya masa pilihan raya.

“Kesimpulannya, jika parti gagal fahami rakyat, rakyat akan pilih pemimpin yang lebih memahami mereka,” tegur beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat