Lama menyepi, Qalam Band muncul dengan Raikan Raya

- Advertisement -

Lebih lima tahun tidak muncul dengan sebarang naskhah baharu, akhirnya Qalam Band kini kembali dengan Raikan Raya sempena kedatangan Aidilfitri kali ini. Teruja dengan peluang yang diberikan kepada mereka, pastinya perasaan ketiga-tiga ahli kumpulan ini bercampur baur menantikan reaksi daripada peminat.

Sebenarnya agak lama Qalam Band ‘menyepikan diri’ daripada industri muzik tanah air. Nama mereka pernah menjadi siulan dan sebutan anak muda ketika tahun 2017 apabila lagu Hakikat Seorang Pencinta menangkap halwa telinga sebahagian peminat setia mereka.

“Memang kami menyepikan diri seketika waktu itu tapi tidak bermakna kami hilang. Masa itu masing-masing mempunyai komitmen dan tanggungjawab kepada pelajaran, kami kena perlahankan kerjaya seni seketika.

“Tapi sekarang apabila semuanya sudah boleh membahagikan masa barulah kami bersatu kembali dengan mencuba nasib dengan lagu raya. Harapnya peminat menerimanya dengan baik sekali gus menaikkan semula nama Qalam Band,” kata Eynol yang juga merupakan vokalis kumpulan ini.

Menariknya, Raikan Raya merupakan lagu hasil ciptaan Faizwan yang juga merupakan gitaris manakala lirik pula oleh Mukhrizad yang bertindak selaku pemain bass kumpulan ini. Lari daripada kebiasaan, mereka memilih tema zapin sebagai nuansa untuk buah tangan kali ini disebabkan mahu mengangkat kembali irama berkenaan ke tempat yang sepatutnya.

“Apabila mahu kembali kepada industri, kami berfikir mahu mencari sesuatu yang istimewa untuk pendengar. Jadi hasil perbincangan akhirnya kita memilih rentak zapin sebagai pertaruhan memandangkan sudah tidak banyak lagi lagu raya berentak sedemikian.

“Istimewa irama tradisional ini memang lain daripada yang lain. Kami sengaja memilih zapin ini kerana ingin menerapkan kembali rasa cinta kita kepada rentak tradisi kita supaya tidaklah lapuk ditelan zaman.

“Tetapi saya juga bereksperimentasi dgn rentak zapin itu dengan menggabungkan dengan rentak salsa yg popular dari Barat pada bahagian korus,” kata Faizwan.

Mengimbas kembali perjalanan seni kumpulan ini, Qalam Band yang juga berasal dari Perak ini dianggotai oleh lima orang anggota saat mereka mula menapak di dalam industri hiburan lebih sedekad yang lalu.

Mempertaruhkan Dilamun Rindu sebagai single petama pada 2012, mereka tidak menoleh kebelakang lagi apabila terus menghasilkan beberapa produk lain selepas itu. Namun kini, hanya Eynol, Faizwan dan Mukhrizad yang meneruskan legasi Qalam Band.

Bercerita mengenai proses rakaman pula, Eynol menjelaskan yang mereka tidak berhadapan dengan masalah yang besar memandangkan segala persiapan sudah di buat terlebih dahulu sebelum masuk ke studio.

“Memang semua orang teruja nak masuk semula ke studio rakaman. Kami sendiri dah lama tak ada lagu baharu. Bila dapat buat projek ni, masing-masing gembira dapat bikin video muzik dan sebagainya.

“Setidaknya kami sudah mengubat kerinduan peminat yang selalu bertanya bila lagi Qalam Band nak buat single baharu. Ini pun sudah cukup menggembirakan mereka,” tambahnya lagi.

Raikan Raya yang dilancarkan secara rasmi mulai 29 Mac diseluruh platform digital merupakan kerjasama antara Sheikh Qalam Records dan Sony Music Malaysia. Video muzik lagu ini pula boleh ditonton melalui YouTube Sony Music Vevo pada hari yang sama.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat