Politeknik Seberang Perai jadi politeknik pertama tubuhkan STEM Centre

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PERMATANG PAUH – Politeknik Seberang Perai (PSP) menjadi politeknik pertama dan julung kalinya di Malaysia yang menubuhkan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM Centre.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Amal TYT Pulau Pinang, Dato’ Seri Sr. Rozali Mohamud berkata, penubuhan STEM Centre ini bakal menjadi pengubah keadaan (game changer) dalam ekosistem pembelajaran STEM formal dan tidak formal di Malaysia.

Majlis perasmian STEM Centre telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Hj. Abdul Razak di PSP dekat sini pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dato’ Dr. Hj. Mohd Zahari Ismail; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP); Dato’ Hj. Baderul Amin Abdul Hamid; dan Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Dato’ Kamarul Haizal Koderat.

Sr. Rozali berkata, dianggarkan seramai 20,000 pelajar politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) di Pulau Pinang khususnya akan memperoleh manfaat langsung daripada STEM Centre ini.

“Pembelajaran tidak formal di STEM Centre ini juga secara tidak langsung dapat menyokong dan memperkukuhkan pembelajaran formal di sekolah, politeknik, universiti dan institusi pendidikan negara, ”katanya.

Dalam pada itu, Pengarah PSP Hjh. Roseliza Dato’ Shaari berkata, STEM Centre ini seiring dengan aspirasi negara untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang teknologi.

“Dengan adanya STEM Centre ini, PSP berpotensi menjadi pusat rujukan utama dan pemangkin minat generasi muda terhadap STEM, ”ujarnya.

Menerusi kenyataan Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat PSP memaklumkan majlis ini merupakan anjuran Yayasan Amal TYT Pulau Pinang dengan kerjasama PSP.

“STEM Centre PSP merupakan kesinambungan daripada Program Mini Teater STEM Pulau Pinang yang telah dilancarkan pada 29 Oktober tahun lalu.

“Penubuhannya mencerminkan keprihatinan Tun Ahmad Fuzi dalam memperkasa pembelajaran STEM, khususnya dalam kalangan pelajar di negeri ini, ”tambahnya.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat