Kalau berani namakan calon teknokrat PAS, cabar Adun PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Adun Rawang Chua Wei Kiat mencabar Syahir Sulaiman dan Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berselindung di sebalik propaganda kosong dan menamakan seorang calon Perdana Menteri mereka yang lebih layak daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wei Kiat yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR berkata, Pas jangan takut dengan Bersatu, terus namakan siapa “PM Teknokrat” dari PN.

“Saya mencabar Syahir Sulaiman dan PN untuk berhenti berselindung di sebalik propaganda kosong dan menamakan seorang calon Perdana Menteri mereka yang lebih layak daripada Anwar Ibrahim.

“Pas sebagai parti terbesar dalam PN tak perlu takut Bersatu, Pas berhak menamakan calon PM dari PAS.

“Syahir Sulaiman dan pemimpin PN boleh cuba mengelirukan rakyat, tetapi mereka tidak boleh menyembunyikan hakikat perpecahan di dalam PN semakin nyata, dan mereka tiada kepimpinan yang berwibawa untuk menerajui negara,” tempelak Wei Kiat dalam kenyataan medianya pada Rabu.

Menurut beliau, setelah Datuk Seri Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar adalah pemimpin paling layak untuk terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri ke-11. PN terus rasa panas.

Katanya, walaupun Setiausaha Politik Presiden Pas Syahir Sulaiman dakwa PN ramai calon yang layak, tapi sehingga kini PN masih gagal menamakan calon Perdana Menteri mereka.

“Syahir boleh terus mengkritik Kerajaan Perpaduan dan Anwar tetapi adakah dia mampu menjawab satu soalan mudah – siapa calon Perdana Menteri dari PN?

“Pas sendiri pernah menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal Perdana Menteri PN. Tahun lepas, Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin secara terbuka menyatakan bahawa PAS tidak menerima Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri gabungan itu.

“Jika dalam PN sendiri mereka tidak boleh sepakat tentang siapa yang layak menjadi Perdana Menteri, rakyat tidak dapat membuat perbandingan antara calon tersebut dengan Anwar bagaimana rakyat boleh percaya bahawa mereka mampu mentadbir negara dengan baik? katanya.

Ujar beliau lagi, sepanjang lebih dua tahun mentadbir, Anwar telah membuktikan keupayaannya dalam membawa reformasi dasar negara demi kesejahteraan rakyat.

“Fokus beliau adalah meningkatkan taraf ekonomi negara, membasmi kemiskinan, dan memastikan pertumbuhan yang lebih mampan serta inklusif. Di bawah kepimpinan beliau, Malaysia kembali dihormati di peringkat antarabangsa dan berada di landasan ekonomi yang lebih kukuh.

“Sebaliknya, di bawah pentadbiran PN sebelum ini, ekonomi negara semakin merudum, ketidakstabilan politik berleluasa, dan negara dipandang lemah di mata dunia. Sekarang, mereka mahu berlagak sebagai alternatif yang lebih baik, tetapi calon PM pun tak boleh namakan,” kata Wei Kiat lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat