Liza nasihat jaga adab

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bukan niat mencipta kontroversi, namun, sebagai muslimah, penyanyi popular, Liza Hanim terpanggil bersuara mengenai adab dan keperibadian wanita gara-gara tular video seorang usahawan produk kecantikan menyusukan anak di tempat terbuka hingga menampakkan bahagian tidak sepatutnya, baru-baru ini.

Liza yang popular dengan lagu Gelisah Mimpi, meluahkan isi hati dan nasihat kepada usahawan wanita terbabit hingga menarik perhatian netizen.

Sekalipun tidak menyebut dengan jelas pada entri dimuat naik di Instagram (IG), ramai dapat meneka gerangan usahawan wanita yang dimaksudkan itu.

Liza berkata, luahan dikongsi di IG dianggap peringatan untuk dirinya sendiri.

“Sebagai wanita bergelar ibu, saya sokong usaha usahawan terbabit memberi susu badan kepada anaknya.

“Namun, matlamat tidak menghalalkan cara apabila dia dilihat secara sengaja mendedahkan bahagian tubuhnya, sekali gus menjadi tontonan khalayak.

“Sebagai ibu yang menyusukan anak, saya menyokong sepenuhnya langkah usahawan ini dalam proses penyusuan badan.

 

Liza berkongsi luahan hati di IG sebagai peringatan untuk dirinya sendiri. Foto IG Liza Hanim
Liza berkongsi luahan hati di IG sebagai peringatan untuk dirinya sendiri. Foto IG Liza Hanim

 

“Namun, sebagai saudara dalam Islam, saya mohon tolonglah jaga adab ketika menyusu di tempat awam,” katanya.

Liza atau nama sebenar, Haliza Hanim Abdul Halim mengaku pernah menyusukan anak di tempat awam dan merakam foto kenangan.

“Saya pernah menyusukan anak di mana-mana sahaja. Malah, pernah pada suatu ketika di tepi jalan di Seoul, Korea Selatan. Saya juga merakamkan foto detik itu.

“Namun, kita harus jaga adab. Aurat harus dijaga. Ini bukan isu saya berhijab dan usahawan itu tidak bertudung. Tetapi jagalah kehormatan kita sebagai wanita Islam dan ibu.

“Sedangkan kita menyusukan anak secara tertutup pun dipandang serong, apatah lagi dalam keadaan saya lihat itu,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat