Saya nak kaji dulu buku teks Sejarah tingkatan 4 sebelum komen kata Mahdzir Khalid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sedang meneliti buku teks Sejarah Tingkatan 4 yang mencetuskan polemik dikatakan kandungannya mengagungkan komunis.

Dalam catatan di Twitternya, Mahdzir berkata, tunggu sedikit masa lagi, beliau akan memperkatakan sesuatu tentang kontroversi tersebut.

“Hari ini sempat meneliti buku teks Sejarah Tingkatan 4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang hangat diperkatakan dan menjadi polemik banyak pihak.

“Rakan-rakan media ada hubungi saya sebelum ini untuk komen saya sebagai bekas Menteri Pendidikan.

“Tunggu sedikit masa lagi, saya ada sesuatu untuk diperkatakan,” katanya.

Baru-baru ini bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membidas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyalahkan Pakatan Harapan (PH) berhubung buku teks Sejarah Tingkatan Empat didakwa dimanipulasikan dan mengagung-agungkan komunis.

Maszlee berkata, tuduhan Dr Asyraf Wajdi tidak tepat sama sekali bahawa sukatan dan silibus mata pelajaran Sejarah diluluskan semasa pentadbiran PH sebaliknya dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa memerintah. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat