Lady Gaga tawar RM2 juta untuk pulangkan anjingnya

- Advertisement -

Los Angeles: Penyanyi dan pelakon popular, Lady Gaga menawarkan ganjaran lumayan sebanyak RM2 juta kepada mereka yang menemui dan memulangkan dua ekor anjing peliharaannya yang hilang dilarikan penjenayah.

Anjing jenis French Bulldog yang dinamakan Koji dan Gustav itu hilang akibat dilarikan penjenayah dalam rompakan bersenjata, kelmarin.

Dalam kejadian itu, pekerja Gaga yang membawa anjingnya bersiar-siar cedera ditembak menggunakan pistol semi automatik oleh dua lelaki yang kemudian bertindak melarikan haiwan itu dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih.

Menurut Jabatan Polis Los Angeles, pekerja Gaga yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk rawatan dan keadaannya stabil.

Menurut sumber, penyanyi itu menawarkan ganjaran besar kepada sesiapa yang menemui dan memulangkan semula anjing itu dan tidak akan disoal siasat.

“Sesiapa yang memulangkan anjing-anjing ini boleh menebus wang tunai ditawarkan dengan berurusan melalui emel [email protected],” katanya.

Bapa Gaga, Joe Germanotta merayu agar anjing-anjing itu dipulangkan kembali kepada anaknya.

Katanya, insiden berkenaan amat menjejaskan keluarganya.

Sementara itu, seekor lagi anjing peliharaan Gaga yang bernama Asia berjaya diselamatkan kerana sempat diambil salah seorang pekerjanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat