Menteri Luar Negeri bangga lambang UNICEF dipapar jersi JDT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengakui bangga sebagai anak Johor apabila melihat lambang UNICEF di jersi baru JDT.

“Sebagai Menteri Luar Negeri dan anak Johor, bangga tengok lambang United Nations Children’s Fund UNICEF yang juga salah satu organisasi utama bawah PBB untuk membela kanak-kanak di seluruh dunia dipaparkan di bahagian depan jersi baru JDT.

“Tak banyak kelab bola sepak dalam dunia membawa logo UNICEF terutama di bahagian depan jersi mereka.

“Seingat saya, yang pernah pun pasukan-pasukan terkenal seperti Barcelona dan Manchester United. Kebanyakkan kelab memaparkan logo penaja,” kata Ahli Parlimen Sembrong itu.

Hishammuddin berkata, apabila Johor Southern Tigers (JDT) diberi penghormatan, semestinya bukan kecil sokongan dan sumbangan mereka kepada usaha UNICEF.

“Setinggi-tinggi tahniah Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan JDT atas usahasama yang istimewa, bertaraf dunia dan pertama seumpamanya di rantau ini.

“All the best JDT dan semua pasukan yang akan kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia bermula 5 Mac nanti,” ucap beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,557FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat