Muhyiddin lantik Faizal Azumu agih kerusi PRU-15

- Advertisement -

IPOH- Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengetuai perbincangan berhubung pengagihan kerusi bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Memetik FMT, Faizal yang memaklumkan perkara itu hari ini berkata, semua parti PN berhak menyatakan minat mereka untuk bertanding di mana-mana kerusi.

Bekas Menteri Besar Perak itu juga menyangkal dakwaan bahawa partinya ingin mendominasi pertandingan kerusi.

“Untuk makluman juga, perbincangan berkenaan pengagihan kerusi dengan UMNO belum dimulakan.

“Jadi kalau ada dakwaan Bersatu ingin mengaut terlalu banyak kerusi, itu tidak tepat kerana perbincangan belum dimulakan lagi,” kata beliau.

Menurut Faizal, Bersatu tiada masalah untuk berbincang dengan mana-mana pihak mengenai pengagihan kerusi.

Apabila ditanya sama ada beliau mempunyai formula tertentu untuk pengagihan kerusi antara parti komponen PN, Faizal berkata perkara itu perlu dibincangkan.

“Kalau bincang dengan baik, takkan kecoh, kita kena cari titik pertemuan, sudah tentu ada (formula),” katanya.

Minggu lalu, UMNO menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengatakan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan gabungan PN pada PRU15.

Jabatan Komunikasi Strategik Penerangan UMNO berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkaitan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebelum ini, dan sebarang kenyataan mengenai keputusan MKT UMNO adalah tidak sahih, melainkan ia datang menerusi kenyataan rasmi parti atau kepemimpinannya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat