Qasrina bukan adik Mira Filzah, rimas sering ‘disamakan’?

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon baharu dikenali Qasrina Karim yang membintangi filem Kongsi Raya, mengakui dirinya sering disamakan dengan pelakon popular Mira Filzah.

Qasrina, 25, berkata, dia rimas dibandingkan dengan pelakon lain dan seboleh mungkin mahu dikenali dengan identiti sendiri.

“Ramai yang kata begitu (macam Mira Filzah). Tambah lagi, gaya bercakap dan suara saya pun seakan sama. Tapi, saya ambil positif dan anggap itu sebagai pujian kerana Mira pun popular dan cantik.

“Kami pernah berkomunikasi menerusi mesej di Instagram. Apapun saya tak suka orang bandingkan, namun itu lumrah manusia. Orang pasti akan bandingkan kita. Cuma, saya harap tiada perkara negatif yang akan timbul nanti,” katanya.

Menurut Qasrina lagi, situasi ini sudah lama dilaluinya dan beberapa hari lalu ketika menghadiri majlis perkahwinan pun, masih ada orang bertanya adakah dia adik kepada Mira.

Qasrina yang berasal dari Subang Jaya, bermula sebagai seorang model peragaan untuk tudung dan semasa kecil pernah membintangi iklan komersial.

“Saya adalah model sepenuh masa dan produksi filem ini melihat saya di Instagram serta minta hadir uji bakat. Malah, kakak saya yang minta agar mencuba nasib.

“Saya bersyukur diterima berlakon filem ini. Amat terkejut dan berbangga apabila saya juga dapat berlakon dengan dua nama popular iaitu Erra Fazira dan Harith Iskandar yang menjadi ibu bapa saya,” katanya.

Filem arahan Teddy Chin yang menggunakan dwi bahasa iaitu Melayu dan Cina ini turut menampilkan pelakon lain seperti Wilson Lee, Chew Kin Wah dan  Ong Ai Leng.

Qasrina yang berganding dengan Wilson sebagai pelakon utama, terpaksa mempelajari bahasa Cina.

“Saya terpaksa belajar cakap Cina untuk filem ini dan ia agak sukar. Saya akui bimbang juga sebenarnya dengan penerimaan penonton untuk beberapa babak dalam filem ini.

“Tapi saya dah cakap dengan pengarahnya, Teddy untuk tidak bersentuhan dengan lelaki dan seboleh mungkin cuba usahakan ia tidak berlaku.

“Namun, apa yang orang nampak nanti hanyalah teknik kamera semata-mata. Bahkan, setiap babak begini saya lakukan dengan cara berlapik,” katanya.

Filem Kongsi Raya akan ditayangkan di pawagam seluruh negara sempena Tahun Baru Cina mulai 3 Februari ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat