Tarian spontan ‘Keluarga Malaysia’ buat Nasty Rock Crew tular di TikTok!

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kumpulan penari muda berbakat, Nasty Rock Crew tidak menyangka apabila video tarian yang berlatar belakangkan lagu Keluarga Malaysia menjadi tular sehingga mendapat maklum balas positif di platform TikTok.

Kumpulan yang terdiri daripada enam ahli itu juga terkejut apabila rata-rata pengguna TikTok cuba menghafal tarian yang dicipta mereka dan memuat naiknya di platform terbabit.

Menurut salah seorang ahli Nasty Rock Crew, Muhammad Firdaus, langkah tarian yang dilakukan secara spontan itu mampu memberi inspirasi kepada anak muda yang lain untuk sama-sama menyemarakkan semangat nasionalisme.

“Selepas melihat sambutan baik yang diterima, saya dan ahli yang lain merasakan tarian ini patut diketengahkan. Oleh itu timbullah idea ‘dance challenge’ ini.

“Lebih istimewa, sesiapa yang menyahut cabaran tarian ini juga berpeluang untuk menang hadiah lumayan”, katanya cabaran tarian Keluarga Malaysia itu dilanjutkan tarikh akhirnya sehingga 7 Februari ini.

Menyentuh mengenai kewujudan Nasty Rock Crew, Firdaus berkata, kumpulan itu sudah mula aktif sejak Oktober 2010.

Katanya, Nasty Rock Crew meraih banyak kejayaan antaranya muncul Juara Pertandingan Tarian anjuran Kementerian Belia dan Sukan pada 2015 lalu.

“Bagi saya, aktiviti menari ini bukan saja satu hobi tapi juga menyihatkan. Kami kerap memuat naik video tarian di TikTok dan ia menghiburkan pengikut kami”, katanya.

Dalam pada itu, Firdaus turut menjelaskan aktiviti ‘street dance’ sering dikaitkan dengan sesuatu yang tidak sihat. Namun, dia sekerasnya menolak dakwaan itu kerana menyifatkan aktiviti terbabit lebih sihat dan bermoral daripada melepak tanpa hala tuju.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat