Mangsa Banjir Di Pahang Dapat Pengecualian Bayar Bil Air Selama 3 Bulan

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang mengumumkan pengucualian bayaran bil air selama 3 bulan di kawasan yang telah terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri komited membantu mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di seluruh negeri Pahang.

Dan katanya lagi, beliau amat memahami keadaan mereka terutamanya dalam fasa pemulihan akibat bencana ini.

“ Sebelum ini, Kerajaan Negeri telah mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir termasuklah Bantuan Wang Ihsan dan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan kepada penyewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) yang terjejas banjir.

“Tidak terhenti di situ, Kerajaan Negeri menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah bersetuju untuk mengecualikan pembayaran bil air selama tiga (3) bulan di kawasan terjejas banjir baru-baru ini.” Katanya melalui kenyataan media, sebentar tadi.

Jelas Wan Rosdy lagi, pengecualian ini bermula dari bulan Januari 2022 hingga Mac 2022 melibatkan anggaran lebih daripada 40 ribu rumah kediaman dengan anggaran peruntukan berjumlah RM1.5 juta.

“Diharapkan dengan pengecualian ini ia dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir terutamanya bagi membersihkan premis masing-masing yang terjejas akibat bencana alam itu.” ujar Wan Rosdy. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat