Hanya 30 Daripada 4,744 Kes Baru Covid-19 Kategori Tiga Ke Atas – KP Kesihatan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Hanya 30 kes bersamaan 0.6 peratus daripada 4,744 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 4,714 kes bersamaan 99.4 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Katanya, sebanyak 4,744 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 4,066 kes sekali gus mengatasi 3,646 kes sembuh.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan peningkatan iaitu 72 kes bersamaan jumlah semalam, 65 kes.

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan penurunan, 129 kes berbanding semalam, 131 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kluster Covid-19 apabila merekodkan 21 kluster baharu berbanding semalam, 13 kluster.

Katanya, ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,349 kluster.

“Sebanyak 259 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 244 kluster.

“Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,090 kluster berbanding semalam, 6,084 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan peningkatan iaitu 16 kes berbanding semalam, 10 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,918 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), tiga kes daripada 16 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,432 kes. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat