Tunggu Esok Saya Jawab Khabar Angin Akan Keluar Parti – Ketua Bersatu Tebrau

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Bersatu Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang hari ini meminta semua pihak menunggu sidang media yang akan diadakan esok bagi menjawab khabar angin mendakwa beliau akan meninggalkan parti itu, lapor FMT.

Mazlan yang juga Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya berkata, semuanya akan dijelaskan esok pada sidang media berkenaan.

“Tunggulah esok sidang media. Ya semuanya akan terjawab esok,” katanya, yang juga adalah bekas Ketua Bersatu Johor.

Menurut laporan itu, dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Bersatu juga dijangka menyertai Mazlan dan turut hadir dalam sidang media esok.

Terdahulu, sejak beberapa hari lalu, khabar angin kuat terutama dalam kalangan ahli politik Johor mengaitkan bekas ADUN Puteri Wangsa dan bekas Ketua Bersatu Johor akan meninggalkan Bersatu dan menyertai parti lain.

Selain itu, pada Isnin lalu Ketua Bersatu Tebrau itu turut mengesahkan tidak akan bertanding atas tiket Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Tunggulah sehari dua lagi saya akan buat keputusan muktamad, namun yang pasti saya tidak akan bertanding PRN Johor atas tiket Bersatu.

“Ini kerana saya tidak sehaluan lagi dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tidak nampak ada masa depan, jika terus bersama parti itu.

“Bersatu bukan milik Muhyiddin kerana pemimpin boleh bersilih ganti, namun saya tidak mungkin akan terus bersama parti itu yang dipimpin beliau, kerana prinsip kami tidak sama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat