Meski sedih dan terkilan, Wan Zikri ikrar jadi Adun semak imbang Perlis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Adun Tambun Tulang Wan Zikri Afthar Ishak dari Bersatu akui sedih dan terkilan atas penggugurannya sebagai Exco Perlis hari ini.

Namun beliau sangat berharap penggantinya dapat menimbang untuk meneruskan agenda agenda yang telah dirancang dan mungkin boleh ditambah baik.

Wan Zikri memegang portfolio Belia dan Kemajuan Sukan, Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana dan Wilayah Ekonomi Baharu, Pemerkasaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif Negeri Perlis sejak 16 Dis tahun lalu.

Dalam kenyataan medianya malam ini, Wan Zikri mengakui sedih dan kecewa selepas setahun beliau bertungkus-lumus namun, sebagai seorang ahli politik dan pemimpin hendaklah berjiwa besar.

“Saya akan terus berusaha dalam memberikan yang terbaik buat seluruh warga Tambun Tulang yang diwakili saya selagi saya diperlukan di sini.

“Sebagai salah seorang Adun saya akan cuba menjadi check and balance dalam membantu sedaya mampu saya untuk kerajaan negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Zikri mendedahkan beliau hanya dipanggil dan dimaklumkan berkait pengguguran itu pada Sabtu lalu.

“Saya dipanggil dan dimaklumkan pada hari Sabtu lepas, yakni 2 hari sebelum pelantikan pada hari Isnin (hari ini).

“Dan inilah yang saya tegaskan dan sedikit terkilan, kerana saya lebih selesa diberitahu awal supaya saya dapat merencana dan membuat penyerahan tugas dengan lebih tersusun oleh kerana banyak program seperti penyerahan insentif SUKMA, Karnival Usahawan Perlis dan beberapa lagi acara lain yang akan diadakan pada Disember.

“Maka jika saya dapat maklumat ini lebih awal makanya penyerahan tugas akan lebih lancar,” ujarnya.

Beliau malah mengulangi bahawa penyingkirannya daripada barisan Exco Negeri Indera Kayangan itu bukan kerana prestasi kurang memuaskan.

“Kenapa saya tidak dilantik? Jawapan ini tiada pada saya, kerana kuasa mutlak melantik seorang Exco itu adalah daripada seorang Menteri Besar di negeri tersebut.

“Maka saya menyerahkan kepada pihak Menteri Besar untuk menjawab persoalan ini. Dan saya sudah pun bersemuka dan bertanya kepada Menteri Besar berkaitan ini, sama ada ia berkaitan prestasi atau apa-apa masalah berkaitan hala tuju sukan negeri Perlis dan beliau nyatakan tidak dan bukan sebab prestasi,” kata Wan Zikri.

Pun begitu beliau mengucapkan ribuan tahniah kepada semua yang dikekalkan dan yang baharu dilantik.

“Saya akan tetap berkhidmat membawa suara rakyat dari kawasan saya di Dun Tambun Tulang, dan Alhamdulillah ini juga merupakan hikmah yang besar untuk saya tumpukan 100 fokus saya kepada Dun yang saya wakili.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih atas bantuan dan kerjasama semua pihak sepanjang saya menjalankan tanggungjawab selama setahun dan andai ada kekurangan saya mohon ampun dan maaf dan percayalah saya telah melakukan sehabis daya upaya saya.

“Semoga kerajaan ini terus cemerlang dibawah barisan kepimpinan yang baru dan segar.

“Terima kasih kepada MB juga kerana telah pun memberikan kepercayaan kepada saya selama setahun ini dan kepada persatuan sukan, terima kasih atas segala kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan. Teruskan misi anda semua,” ucap Wan Zikri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat