MASwings bakal diambil alih Sarawak bulan depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan.

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penubuhan syarikat penerbangan Sarawak tersebut bertujuan mempromosikan negeri itu kepada komuniti perniagaan dan pelancong.

“Dengan lapangan terbang yang dibangunkan dengan baik, keseluruhan ekosistem di Sarawak akan bersedia, membolehkan kita berdaya saing dengan destinasi lain.

“Matlamat ini dijangka dapat dicapai menjelang 2035 sambil kita terus mencapai kemajuan dalam pembangunan bidang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Sarawak di Kuching, malam tadi, lapor Bernama.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata rundingan masih dijalankan antara MASwings dan kerajaan Sarawak.

Menurut Anthony Loke, rundingan juga sedang dilakukan dengan MAG dan Khazanah Nasional Bhd berhubung pembelian saham dalam MASwings.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat