Audio Palsu: Supol Bekas PM Buat Laporan Polis

- Advertisement -

CYBERJAYA: Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis berhubung penularan satu audio palsu membabitkan dirinya.

Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad menyifatkan penularan audio palsu itu sebagai satu percaturan politik yang jahat dan jijik.

“Saya terkejut dan kecewa dengan penyebaran audio berkenaan yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan bekas Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

“Penularan audio palsu itu merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik. Tindakan itu juga membuktikan usaha berterusan untuk memusnahkan reputasi saya sebagai Setiausaha Politik kepada perdana menteri kesembilan,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyifatkan penyebaran audio palsu itu sebagai konspirasi jahat dan terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO.

Justeru, Syed Mohd Fazmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membuktikan bahawa rakaman itu adalah satu fitnah jahat.

“Saya berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan ini,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat