MP pembangkang tak terlibat MOU tak dapat peruntukan sama rata

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hanya ahli Parlimen pembangkang yang menyertai memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan sahaja akan diberikan peruntukan sama rata,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jelas beliau, buat masa ini ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyertai MoU pula akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa MoU Transformasi dan Kestabilan Politik akan datang untuk dibincangkan.

“Hanya Ahli Parlimen terlibat sahaja bakal diberi dulu. Selepas itu (yang belum dapat) saya akan bawa dalam mesyuarat akan datang,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon semua Ahli Parlimen pembangkang diberi peruntukan sama rata.

Anwar berkata, MOU dengan kerajaan sebelum ini menyatakan akan mempertahankan hak dan tanggungjawab Pakatan Harapan (PH) untuk fungsi semak imbang dalam mengawasi, meneliti dan memastikan kerajaan bertanggungjawab pada Parlimen.

“Saya selaku Ketua Pembangkang secara konsisten dari awal memang memohon supaya peruntukan sama diberikan kepada semua ahli pembangkang walaupun tidak terikat dengan MoU,” katanya.

Pembaharuan Parlimen Perkara 3.5 MOU antara PH yang dimeterai dengan kerajaan Persekutuan pada 13 Sept lalu menetapkan peruntukan sama rata kepada semua ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam persefahaman itu.

Bagaimanapun, beberapa ahli pembangkang yang tidak menyertai MOU itu meminta peruntukan sama rata diberi kepada semua Ahli Parlimen pembangkang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat