Lisa BLACKPINK positif Covid-19

- Advertisement -

Seoul: Anggota BLACKPINK, Lisa Manobal, 24, disahkan positif Covid-19, semalam.

Agensinya, YG Entertainment dalam satu kenyataan berkata, tiga lagi anggota BLACKPINK iaitu Jennie, Jisoo dan Rose turut menjalani ujian saringan virus itu walaupun bukan kontak rapat dengannya.

“Mereka tidak diklasifikasi sebagai kontak rapat tapi serta-merta menjalani ujian selepas mendapat tahu Lisa positif Covid-19. Mereka masih menunggu keputusan buat masa sekarang.

“Pada mulanya kami berkongsi pantas dan tepat perihal itu kepada kakitangan. Kami juga mengambil langkah berhati-hati mengikut garis panduan ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

Menurut agensi itu, mereka kini dalam usaha untuk memantau kesihatan dan keselamatan semua artis serta kakitangan mereka.

“Kami akan terus menyediakan sokongan dan menjadikan kesihatan artis serta kakitangan berkaitan sebagai keutamaan. Jika ada sebarang perkembangan, kami akan maklumkan secepat mungkin,” katanya.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat